E-Learning @ Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (Ppitm)
11 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan bertujuan sesi perkenalan dan ramah mesra antara Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (RPPITM) bersama ahli keluarga Insan Terpilih Madani (ITM) melibatkan 150 keluarga asnaf terpilih bagi membantu melonjakkan pendidikan dan ekonomi golongan asnaf di negeri Perlis. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijemput untuk membuat aktiviti bersama-sama dengan anak-anak ahli keluarga Insan Terpilih Madani (ITM).
Aktiviti E-learning dapat Membantu pelajar dengan menggunakan medium internet serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu teknologi dan meningkatkan kemahiran berdikari untuk pelajar-pelajar.
Program ini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta dapat mengeratkan lagi hubungan PEDi dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: